Resepi ni sangat mudah
tak perlu menumis
hanya potong-potong bahan
letak elok2 dalam kuali
masuk perasa
Tutup kuali
buka api perlahan
biarkan merenih sehingga masak

Bahan:
Ayam dipotong sederhana besar lebih kurang 500g
1 biji Bawang holland dipotong
3 ulas Bawang putih diketuk kasar
1 inci halia di hiris halus
Carrot di hiris halus
Cendawan butang dihirs nipis
Broccoli
Sos tiram
Saus Manis AB
Dark soy sauce
Kiub ayam

Saya tak letak garam sebab rasa dah cukup dari sos tiram, saus manis dab kiub ayam.

Masukkan semua bahan kecuali broccoli.
Tak perlu masukkan air kerana air ayam akan turun.
Mesti cover kuali dengan penutup kuali
Masak dengan api perlahan
Sesekali je kacau untuk meratakan bahan
Apabila semua dah masak, barulah dimasukkan broccoli. Kacau rata dalam 30 saat dah boleh ditutupkan api.

Boleh dihidang dengan nasi ataupun mee.
Nak ratah sahaja pun boleh.

Mana nak beli bahan-bahan:
Sos tiram : https://shope.ee/5AClHJ5EwK
ABC Saus Manis: https://shope.ee/7zWweZk6i0
Kiub Ayam : https://shope.ee/1AgcWG48AK
Dark Soy Sauce: https://shope.ee/8zPTqWdP6W

Semuanya boleh didapatkan disini: https://shope.ee/9oyaqKT9rk (Claim Voucher dia Tau!)

#ayamcendawansostiram #ayamcendawan #mushroomchicken #dapuramakhanaidris

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *