Mee rebus Terengganu sangat mengimbau kenangan. Kenangan dari kecil hingga dewasa. Ada yang apabila dikenang buat hati tersenyum, ada juga apa bila teringat rasa sayu dan hiba.

Mee rebus Terengganu



Waktu arwah ayah masih ada, ni antara menu kegemaran arwah untuk dimakan sebaik sahaja pulang dari surau lepas isya. Mesti nak kena ada sebiji telur untuk dia.

Mee rebus ni juga sedap dimakan waktu sejuk-sejuk hujan kerana dihidangkan panas-panas disamping mengandungi lada hitam. Kalai demam atau rasa tak sihat, kena sangat lah menu mee rebus ni. Nak buat pun tak renyah.

Menu ni menjadi kegemaran pelanggan kedai makan saya suatu ketika dulu. Gara-gara ada pelanggan order, tukang masak thai tak tahu cara. Ye lah, mee rebus ni banyak jenis. Keliru juga dia yang mana satu. Saya ajarkan teknik memasak, nah menjadi.

Bahan-bahan:
Bawang putih ditumbuk kasar
Bawang merah ditumbuk halus
serbuk lada hitam
ayam dipotong halus
mee kuning
sayur kegemaran seperti kailan, sawi, broccoli dan lain-lain. Jangan letak peria dah lah ๐Ÿ˜…
Telur
Sos tomato
Kicap pekat

Cara-cara:
Tumiskan bawang putih, bawang merah, lada hitam
Kemudian masukkan ayam
Masukkan air
Masukkan sos tomato/cili, kicap pekat
perasa
Masukkan sayur
Masukkan mee kuning
Masukkan telur
dah siap, selamat mencuba.

Jangan lupa subscribe channel saya ๐Ÿ˜Š

#meerebus #meerebusterengganu #terengganu #dapuramakhanaidris

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *