Lauk Buka Puasa: Asam pedas ikan claypot

Pasti ramai sukakan asam pedas. Rasa yang masam masin pedas, disertai rasa manis dari ikan yang segar pasti memikat selera setelah seharian berpuasa.
Kena pula dengan telur masin dan ulam timun batang. Jangan over menambah tau, nanti tak larat nak tarawih.

Dulu sewaktu saya tak pandai memasak, apabila ada yang request asam pedas saya pasti rasa seram sejuk. Rasa macam susah je. Tetapi bila tahu cara dan teknik, alahai sambil dukung anak pun boleh buat. Senang sangat.

Bahan-bahannya pun tak ada lah sukar. Senang diperolehi dari pasar basah atau kedai-kedai runcit. Penggunaan ikan segar amat penting, kerana rasanya lebih sedap dan sepadan dengan rempah yang ditumis.

Antara pilihan ikan yang enak untuk dijadikan asam pedas adalah kembong, pari, jenahak, ikan merah. Cuma kali ini saya gunakan ikan pelaling. Saudara jauh ikan kembong. Rasanya tetap sedap kerana penggunaan ikan segar.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara menyediakan asam pedas claypot.
Bahan:

Ikan, apa sahaja ikan yang digemari
kunyit
halia
bawang putih
bawang merah
cili kering kisar
lengkuas di hiris
air asam jawa
minyak untuk menumis
daun kesum
tomato
bahan perasa
Cara-cara boleh rujuk video

#asampedasikan #asampedasclaypot #asampedas #asampedasikanpelaling #dapuramakhanaidris

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *