Resepi: Sira pisang nangka cara Tok Ramlah

Kebiasaannya kalau sira pisang yang mak saya buat hanya gula, pisang, sedikit air dan bunga cengkih. Tak lupa sehelai daun pandan.

Sira Pisang Salted Caramel

Kalau cara mertua di Thailand, bahannya hanya gula, pisang, sedikit air, daun pandan dan pewarna oren atau merah.

Tapi kali ni saya belajar cara lain, luar pada kebiasaan yang saya pernah makan dan buat. Kebiasaannya cara ni saya guna untuk buat sira ubi kayu atau sira labu.

Bahan-bahan:

Pisang yang tak terlalu masak

Gula melaka / nissang

secubit garam

daun pandan

sedikit air anggaran suku cawan, sekadar nak bagi larut gula melaka/nissang

Cara-memasak:

Masak air dengan gula melaka, secubit garam sehingga larut

Masukkan daun pandan

Kemudian masukkan pisang yang telah dibersihkan. 

masak sehingga larutan gula pekat dan menyaluti pisang. 

dah siap, boleh dihidangkan. 

 

Rasanya sangat sedap, rasa gula melaka yang sedikit masin-masin melekit dicampur dengan rasa masam manis dari pisang nangka. Kalau ada ice cream pun sedap dimakan bersama. 

Selamat mencuba.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *