Top Scammer

Waspada: Antara Scam Terpopular Di Malaysia

Sebelum ni saya pernah kongsi mengenai penipuan tawaran kerjaya atau employment scam (Boleh Baca Di Sini)
Kali ini saya akan kongsikan jenis-jenis penipuan terkenal di Malaysia.

  1. Penipuan Kerjaya

    Once penipu contact mangsa, penipu akan minta mangsa bayar yuran pendaftaran untuk interview ataupun beli barang-barang untuk nak start kerja. Always ingat yang kalau gaji si penipu offer terlalu indah bagai bulan di pagar bintang (tak masuk akal) please hati-hati. Cara nak mengesahkan, google je nama syarikat ambil contact number. Called tanya ada tak orang sekian-sekian (beritahu nama oenipu/contact number/email address) bekerja disitu.

  2. Penipuan OTP / TAC

    OTP Scam

    Jangan share any OTP code to anyone. Bank, BigPay etc tak akan pernah minta otp dari client mereka. Once penipu dah dapat access otp mangsa, senang je penipu nak curi semua duit dari acc bank mangsa.

  3. Penipuan / Penyamaran Kawan

    Yang ni scammers akan curi gambar member/kenalan mangsa. Biasanya penipu ambil di socmed. Kemudian penipu akan guna sebagai profile pic, lepastu buat cerita sedih perlukan duit. Banyak dah terkena sebab tak expect tiba-tiba orang boleh buat-buat jadi member mangsa.

  4. Penipuan Tawaran Menarik Tak Masuk Akal

    Kalau nampak tawaran iPhone, laptop ke, pakej percutian mewah tapi bayar murah ke, always check legit ke tak dulu. Kalau travel agency, minta dorang bagi nombor lesen MOTAC dan check wujud ke tak. Satu lagi yang pernah famous, gores dan menang. Menang voucher bernilai ribu2. Nak tebus voucher kena beli barang lain-lain.

  5. Penipuan dalam perniagaan servis

    Yang ni banyak dah jadi especially yang nak buat majlis kahwin / majlis cukur jambul anak. Tetiba catering tak jadi datang, cancel last minute ataupun hilang terus. Deposit dah bayar. Dah la nak minta refund pun memang tak dapat, your special day pun rosak. Always hire services from trusted sources je yang memang ada legit review dari previous customer mereka.

  6. Penipuan Aplikasi / APK Malicious

    fake apk

    Jangan download apa-apa aplikasi yang bukan dari Play Store / App Store / Apple Store yang perlukan korang isi sensitive details seperti katalaluan bank, nombor kad pengenalan atau nombor pin bank. lagi satu soalan-soalab berkaitan security code seperti nama ibu, nama sekolah rendah dan lain-lain. Jikalau sewaktu pemasangan apps ada minta “SMS Permission”, jangan sesekali allow sebab nanti penipu boleh dapat OTP code dari phone mangsa.

  7. Penipuan Terlebih Bayar / Overpay

    Yang ni biasanya terjadi selepas membuat pembelian dari laman e-commerce seperti Shopee / Lazada. Tiba-tiba dapat sms bagitahu terlebih bayar. Penipu akan minta your bank details, buat resit palsu lepastu minta mangsa bayar caj perkhidmatan / fee untuk release refund ke akaun bank mangsa. Nak transfer refund tak perlu semua tu, terus je transfer. Nak mintak fee bagai nak buat apa kan?

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *