rambut berbuah

Pernah dengar mengenai masalah rambut berbuah? Atau pernah mengalami rambut berbuah? Saya sendiri mengalami masalah ni sejak dari zaman sekolah, kalau dahulu sebab selepas mandi tak keringkan rambut dengan betul terus pakai tudung.

Sumber: scienceDirect

Apabila menginjak dewasa, saya cuba guna hair dryer, masalah rambut berbuah tetap ada. Sampai tahap dah tak simpan rambut panjang, rimas dengan texture rambut yang kesat-kesat berbiji dengan kehadiran buah-buah hitam pada helaian rambut. So, tak leh nak feeling feeling ada rambut macam Elsa 😅


sumber : europe pmc

Secara saintifik / istilah medical, rambut berbuah dikenali sebagai black piedra atau white piedra. Bergantung pada warna buah pada rambut.

Piedra putih atau hitam adalah jangkitan yis/kulat pada rambut. Beberapa spesies kulat yang hidup di tanah atau air kotor boleh menyebabkan piedra. Piedra kebiasaannya melekat longgar pada helaian rambut.

Jadi bagaimana hendak merawat masalah piedra atau rambut berbuah ni?

Memandangkan ianya sejenis kulat, kita boleh menggunakan produk shampoo antikulat yang boleh didapati di farmasi atau klinik berdekatan. Atas nasihat doctor juga, jika masih berlarutan perlu mengambil ubat anti kulat untuk merawat dari dalam.

Untuk merawat masalah rambut berbuah, anda boleh terus ke farmasi atau klinik berdekatan, tanyakan ketonazole shampoo. Pihak klinik /  farmasi akan terangkan cara penggunaan yang betul.  Jika nak cuba beli sendiri, antara pilihan shampoo yang boleh di cuba:

Disclaimer: Produk yang saya kongsi ni setelah saya bertanya sendiri pada doctor dan ahli farmasi bertauliah.

1. Ketazone Shampoo

Shopee:
Kedai 1 (RM14.90)
Kedai 2 (RM16.50)

  • Ketonazole 2% (antifungal)
  • Tidak terlalu mengeringkan
  • Sesuai untuk kulit kepala berminyak dan berkelemumur yang tak teruk sangat.

2. Selsun Gold

Shopee:
Kedai 1 (RM35.00)
Kedai 2 (RM27.00)

  • Ingredient: Selenium Sulphide (antifungal)
  • Bantu kurangkan kelemumur dan masalah kulit kepala berminyak
  • Agak mengeringkan, jadi kalau kulit memang dah terlalu kering tak sesuai guna yang ni. Nanti jadi gatal-gatal (iritasi). Kalau kulit kepala terlalu berminyak boleh pakai yang ni.

3. Nizoral Shampoo

Shopee: RM115

    • Ketonazole 1% (antifungal)
    • Tidak terlalu mengeringkan
    • Sesuai untuk kulit kepala berminyak dan berkelemumur yang tak teruk sangat.

4. Pristine Shampoo

Boleh dapatkan di farmasi terdekat.

  • Ketonazole 2% (antifungal)
  • Tidak terlalu mengeringkan
  • Sesuai untuk kulit kepala berminyak dan berkelemumur yang tak teruk sangat.

 

Selamat mencuba, saya harap dengan sedikit tips ini tiada lagi masalah rambut berbuah atau bahasa betulnya rambut berkulat.

Related Posts

2 thoughts on “Anda ada masalah rambut berbuah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *