job scam alert

5 Tips untuk mengetahui penipuan tawaran pekerjaan dalam talian [Job Scammer Alert!]

job scam alert

Ya, apa yang anda baca adalah betul! Scammer bukan sahaja menipu dalam urusan perbankan sahaja, malah dalam urusan tawaran pekerjaan juga ada. Mereka ada dimana-mana.

Pelbagai jenis kaedah penipuan mereka lakukan, salah satunya dengan menyamar sebagai agensi pekerjaan atau sebagai pegawai sumber manusia sesebuah syarikat.

Mereka akan bersembunyi didalam laman web carian kerja terkemuka sebagai contoh Jobstreet, Indeed, MauKerja dan lain-lain.

Mereka akan buat carian resume peminta kerja, dan akan inbox pencari/peminta kerja mengatakan bakal mangsa layak untuk memenuhi kekosongan disyarikat mereka.

Jadi, bagaimana mahu mengesan mereka adalah fake/scammer?

    1. Tawaran kerja melalui personal message/direct message

        tawaran kerja palsu

        Tiba-tiba ada recruiter menghantar pesanan secara personal mengatakan resume anda terlalu layak untuk jawatan yang mereka tawarkan. Kebiasaanya syarikat lebih suka calon-calon memohon jawatan yang ditawarkan melalui sistem yang telah tesedia dalam laman carian kerja.

  1. Jawatan yang ditawarkan sangat menarik dengan gaji yang teramat tinggi
       
      Anda tahu tahap kebolehan anda bagaimana, tidak logic kalau gaji lama RM4000 tiba-tiba dapat tawaran RM12,ooo. Ini sekadar contoh ya.
  2. Dengan mudah mendapat tawaran kerja
       
      Mereka hanya menemuduga anda dalam messenger atau whatsapp tanpa bersemuka, dan dengan mudah mendapat tawaran kerja tersebut. Jika anda melalui situasi sebegini, cuba tanya tugas-tugas dan bidang kerja yang perlu anda ketahui untuk jawatan tersebut.
       
  3. Surat tawaran kerja tidak menggunakan kepala surat rasmi syarikat
       
      Tawaran kerja mesti ada kontrak dan syaratnya, semestinya perlu ada tawaran menggunakan surat rasmi dari syarikat.
       

    fake job offer

       
  4. Emel yang digunakan tidak menggunakan emel rasmi syarikat lebih-lebih lagi jika syarikat yang dinyatakan adalah syarikat terkemuka

Apa yang anda perlu lakukan jika dapat mengesan dan rasa sangsi dengan kebenaran sesuatu tawaran kerja?

  1. Periksa maklumat syarikat, adakah ia wujud.
  2. Jika wujud, cuba tanya serba sedikit mengenai suasana kerja disyarikat tersebut.
  3. Cuba periksa laman web syarikat / sosial media syarikat adakah jawatan seperti ditawarkan
  4. Cuba hubungi syarikat, adakah pekerja bernama Peah (contoh nama) sedang menjalankan temuduga secara atas talian untuk jawatan yang ditawarkan.
  5. Jangan sesekali dengan mudah memberikan dokumen peribadi atau maklumat bank kepada orang yang diragui kesahihannya

Selamat maju jaya untuk pencari kerja, semoga anda mendapat pekerjaan yang terbaik untuk anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *