Tips Mendaftar Nama Syarikat Milikan Tunggal

Sekarang ramai dah mula berniaga secara atas talian. Berniaga melalui aplikasi Whatsapp, Instagram, Facebook, dan lain-lain aplikasi lagi.

Tetapi, adakah anda sudah mendaftar perniagaan anda? Ada yang fikir, kalau daftar perniagaan, susah lah nak mohon bantuan BRIM/BSH/BPN dan sebagainya. Sebenarnya bagi saya, apabila dah mula berniaga sepatutnya kita buang pemikiran soal nak mohon bantuan sara hidup tu.

 

Bila berniaga, kita mesti nak untung kan? Kalau untung, pasti banyak duit kan? Bila dah banyak duit, taraf hidup pasti berubah. Jadi kenapa perlu lagi bantuan sara hidup yang di sebut di atas tu? Betul ke tidak?

 

Saya juga seorang suri rumah tangga, bergantung sepenuhnya pada perniagaan secara atas talian. Dengan bermodalkan sebanyak RM1000. Sekarang saya sudah mempunyai pendapatan bersih 5 angka sebulan. Hanya duduk dirumah, saya daftar perniagaan dan saya juga isytihar cukai pendapatan. Saya tidak lagi perlu memohon bantuan sara hidup seperti sebelum ni. Ubah je pemikiran kita. Daftar lah perniagaan anda. Ok, sekian mukaddimah yang agak panjang.

 

Bagaimana nak mula daftar perniagaan? Mahal ke yuran pendaftaran? Itu kita cerita lain episod. Heheh

 

Entry kali ni saya nak konsi tips bagai mana nak pilih nama untuk syarikat. Antara tipsnya adalah:

 

  1. Kebiasaannya syarikat pemilikan tunggal orang akan letak Enterprise di hujungnya. Sebenarnya tak perlu pun. EH betul ke tak perlu? Betul lah 😎.
  2. Pastikan nama perniagaan menunjukkan kredibiliti perniagaan anda, boleh tahu identiti perniagaan. Bila orang baca nama syarikat anda orang terus nampak, dia punya wow factor!
  3. Nama tak perlu panjang, guna nama sendiri pun boleh. Huruf gabungan anda dan suami pun boleh seperti ZK Auto, dimana Z untuk Zaki, K untuk Karmila. Auto melambangkan Perniagaan berkaitan automotif. Nampak tak?
  4. Jika anda merancang nak buat website untuk syarikat anda, pastikan domain untuk nama syarikat anda masih available ke tidak. Contoh macam saya, nama syarikat saya Hana Idris Global. Website saya hanaidris[.]com
  5. Cuba letak nama yang melambangkan positivity, kerana bagi saya kata-kata adalah doa yang melantun-lantun. Contoh: Maju Towing, semakin maju syarikat perkhidmatan towing ni. Macam saya, kenapa letak Hana Idris Global? Kerana saya membayangkan bahawa suatu hari nanti, syarikat saya akan terus berkembang ke peringkat Global. Dunia tanpa sempadan, segalanya tidak mustahil. InsyaAllah.
  6. Anda boleh gantikan perkataan enterprise dengan banyak perkataan yang wow seperti Network, Venture, Global, Trading, Resources, Marketing, Solutions. Contoh: Bella Beauty Enterprise dan Bella Beauty Collection, mana lebih WOW?
  7. Pastikan nama tak terlalu panjang, nanti customer nak buat payment by cheque dah susah atau mudah tersilap. Nama yang tak panjang dan mudah orang nak ingat. serta mudah nak eja. Nampak?
  8. Bila nama enterprise, orang akan bayang kan ohh syarikat kecik je ni. Benda-benda macam ni kena ambil kira juga. Sebab itu saya kata pemilihan nama tu penting. Think for future tau, bukan untuk sekarang sahaja.

 

Rasanya ini sahaja kot tips dari saya kali ini. Akan datang mungkin saya akan syare maklumat lain lagi mengenai pendaftaran perniagaan. Ingat! Daftarlah perniagaan anda. Nak buat permohonan geran bantuan perniagaan pun mudah.

 

Semoga perniagaan kita bertambah maju jaya, dilimpahi rezeki yang banyak dan tak henti-henti. Niatlah berniaga kerana nak bantu mereka yang memerlukan, InsyaAllah pasti ada jalannya.

One thought on “Tips Mendaftar Nama Syarikat Milikan Tunggal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *